Sarawak ID|Register
Polls

Dasar Keselamatan & Kesihatan

Adalah menjadi dasar Lembaga untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat, dalam pengeluaran dan pengagihan air bersih dan juga dalam perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan kami.

Kami akan menguruskan aktiviti-aktiviti kami supaya sebarang risiko yang tidak diingini yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pelanggan ataupun mana-mana ahli orang awam berlaku semasa kami melaksanakan operasi. Dasar ini bermaksud kami akan mematuhi semua peraturan, kod amalan yang sesuai, serta keperluan lain dan akan mengambil langkah-langkah tambahan yang dianggap perlu. Kami akan menjadikan pengetahuan dan kepakaran kami sentiasa tersedia kepada mana-mana pihak yang berkaitan dan pihak berkuasa.

Kami akan:

  1. Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi kakitangan kami yang berada di kawasan kerja masing-masing.
  2. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan yang berada dalam bidang kuasa kami dan bertindak dengan sewajarnya bagi mencegah sebarang kemudaratan terhadap pelanggan dan orang awam.
  3. Mengambil langkah-langkah yang praktik bagi mengurangkan kemalangan atau meminimakan kesan kemalangan sekiranya ia berlaku.
  4. Menyediakan maklumat, latihan serta sokongan kepada kakitangan, rakan kongsi dan pelanggan kami dalam pengendalian bahan-bahan kimia yang berbahaya untuk kegunaan biasa dan juga semasa situasi kecemasan.
  5. Menambahbaik sistem dan proses secara berterusan untuk memastikan aktiviti kami mematuhi semua keperluan berkanun dan keperluan ISO45001 Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS).

PAPARAN SIJIL

Quick Link