Sarawak ID|Register
Polls

Piagam Pelanggan

  1. Permohonan bekalan air yang baru akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan semua dokumen yang berkaitan.
  2. Sambungan meter air yang baru dan pemasangan paip penghubung akan dilaksanakan dalam tempoh empat (4) hari bekerja selepas pembayaran yuran dan pemeriksaan paip dalaman.
  3. Pemeriksaan paip dalaman hendaklah dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh penerimaan notis resit tukang pasang sesalur.
  4. Semua pertanyaan bil air akan diselesaikan dalam tempoh 30 minit.
  5. Meter air yang telah dipotong kerana gagal dibayar akan disambung semula dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran tunggakan dan yuran penyambungan semula dibuat.
  6. Deposit akan dipulangkan melalui cek kepada pelanggan dalam tempoh dua (2) minggu bekerja dari tarikh penerimaan notis penamatan bekalan air.
  7. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai gangguan air berjadual sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum gangguan berlaku.
  8. Air akan dibekalkan kepada pelanggan melalui air tangki tidak lewat daripada tiga (3) jam, selepas penerimaan resit permintaan, jika gangguan air tidak berjadual berlaku.
  9. Tindakan akan diambil dalam tempoh enam (6) jam untuk memulihkan bekalan air setelah resit aduan paip pecah/kebocoran diterima.
  10. Maklumbalas bagi kelulusan permohonan pelan retikulasi dan sistem paip dalaman akan diberikan dalam tempoh lima (5) hari selepas permohonan diterima.
  11. Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan barangan dan invois daripada pembekal
  12. Bacaan meter dan penghantaran bil air akan dilaksanakan mengikut jadual.

Kemaskini Terakhir pada 29 April 2016

Quick Link