Sarawak ID|Register
Polls

Pertubuhan

Pemerbadanan  

Pertubuhan ini telah diperbadankan di bawah perintah Lembaga Air Sibu 1959, yang dibuat di bawah Seksyen 19 Ordinan Bekalan Air 1959 (Bab 141). Ia kemudian diperbadankan semula di bawah perintah Lembaga Air Sibu 1995, yang dibuat di bawah Seksyen 19 Ordinan Air 1994 apabila Ordinan Bekalan Air 1959 dimansuhkan. Perlembagaan Lembaga ini seterusnya dipinda melalui Perintah Lembaga Air Sibu 2002 dan Perintah Lembaga Air Sibu 2005.

 

Objektif Lembaga

Sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Yang Dipertua Negeri sebagai pihak penguatkuasa bekalan air yang bertujuan untuk mentadbir, mengurus dan mengawasi semua kerja-kerja air yang terletak di dalam kawasan seperti yang dinyatakan di bawah:

Bermula dari satu titik Trig bernombor TT352 di Sempadan Daerah Sibu/Kanowit di tebing kiri Batang Rajang kira-kira 1300 meter dari Timur Sungai Pak; Dari situ pada arah Selatan/Barat sehala dengan Sempadan Daerah Sibu/Kanowit sehingga sampai pada titik bertanda N134 di Sempadan Bahagian Sibu/Sarikei; Dari situ sehala dengan Sempadan Bahagian Sibu/Sarikei pada arah Barat/Utara sehingga mencapai ke pertemuan Loba Singat di Batang Lassa; Dari situ pada bearing 90 darjah sepanjang jarak 46 km sehingga mencapai titik 'A' di Sempadan Daerah Sibu/Dalat; Dari situ mengikut Sempadan Daerah Sibu/Dalat sedia ada pada arah Selatan berjarak kira-kira 45 km; Dari situ mengikut Sempadan Daerah Sibu/Kanowit sedia ada pada arah Selatan berjarak kira-kira 10 km sehingga mencapai titik Trig bertanda TT352, yang juga merupkan titik permulaan.

 

Fungsi Berkanun Lembaga

Menurut Seksyen 18 (3) - (4) Ordinan Air 1994, fungsi umum Lembaga sebagai pihak penguatkuasa bekalan air adalah:

  • Mempunyai hak dalam penjagaan, pengurusan dan pentadbiran kerja-kerja berkaitan air dan pengurusan bekalan serta pengagihan bekalan air tersebut di dalam kawasan bekalan yang tertakhluk dalam pengawasan Pihak Berkuasa Air Negeri.
  • Untuk menyalurkan bekalan air kepada pengguna di dalam had kawasan bekalan yang telah tertakhluk dalam peruntukan Ordinan Air 1994 dan mana-mana perundangan yang dibuat di bawahnya. 

Lembaga Pengarah

Pengerusi         Setiausaha Tetap, Kementerian Kemudahan Awam  

 

 Ahli-Ahli
          Residen, Bahagian Sibu
          Pegawai Kesihatan Bahagian
          Penolong Pengarah Kerja Raya( Bekalan Air )
          Setiausaha Kewangan Negeri atau wakilnya
          6 Ahli Lantikan Menteri       

Quick Link