HARI TERBUKA & HARI BERSAMA PELANGGAN LEMBAGA AIR SIBU BERSEMPENA DENGAN HARI AIR SEDUNIA 2013 & SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA |
Posted on : 15 Apr 2013 Source of News: Lembaga Air Sibu |
Bersempena dengan sambutan Hari Air Sedunia 2013 dan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, pihak Lembaga Air Sibu telah mengadakan Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan. Tema sambutan Hari Air Sedunia 2013 adalah Tahun Kerjasama Air Antarabangsa (International Year of Water Cooperation). Semasa Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan, bermacam-macam aktiviti telah dijalankan untuk orang ramai seperti Lawatan Ke Loji Perawatan Air, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Tayangan Video, Cabutan Tiket Bertuah, Pertandingan Kuiz (untuk Semua Pelawat) dan Pertandingan Mewarna (untuk Pelajar Sekolah Tadika dan Rendah). Aktiviti lain yang turut diadakan adalah program penanaman pokok oleh semua kakitangan Lembaga Air Sibu di perkarangan kawasan pejabat pada sebelah pagi. Sebanyak 133 pokok telah ditanam dan telah disumbangkan oleh Jabatan Hutan Sarawak. Objektif program tersebut adalah untuk menyokong sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2013, salah satu aktiviti Jawatankuasa Sistem Pengurusan Alam Sekitar Lembaga Air Sibu dalam komitmen untuk penjagaan alam sekitar, mengindahkan lagi kawasab perkarangan pejabat dan mengelakkan kepupusan spesis pokok yang terancam. Pada sebelah petang pula, seramai 12 orang Rakan NRW Lembaga Air Sibu telah hadir ke sesi Taklimat Jumlah Air Tanpa Hasil (NRW) dan lawatan ke loji perawatan air. Konsep Rakan NRW adalah pihak Lembaga akan melantik dikalangan orang awam untuk membantu Lembaga dalam usaha mengurangkan Jumlah Air Tanpa Hasil (NRW) secara sukarela. Kawasan bekalan air Lembaga terbahagi kepada 47 zon dan seorang atau lebih Rakan NRW akan dilantik untuk setiap zon. Tugas Rakan NRW adalah seperti berikut;
Seramai 586 pelawat telah datang melawat ke Loji Perawatan Air Salim pada tahun ini berbanding seramai 447 pelawat pada tahun 2012. Berikut adalah bilangan peserta yang telah menyertai pertandingan-pertandingan tersebut; Pertandingan Kuiz - 134 Pertandingan Mewarna - 158 Para pemenang adalah seperti berikut; Pertandingan Mewarna (Sekolah Tadika & Rendah) Kategori A (6 Tahun Ke Bawah)
Kategori B (7 – 9 Tahun) Sekolah Kebangsaan
Kategori B (7 – 9 Tahun) Sekolah Jenis Kebangsaan
Kategori C (10 – 12 Tahun) Sekolah Kebangsaan
Kategori C (10 – 12 Tahun) Sekolah Jenis Kebangsaan
Pertandingan Kuiz
Pihak Lembaga Air Sibu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat dan peserta kerana sudi untuk menyertai program Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan Lembaga Air Sibu pada tahun ini.
|