Lembaga Air Sibu telah memenangi Anugerah Perkhidmatan Kaunter Cemerlang (APKC) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2014 (Kategori Agensi Kerajaan) bersempena Hari Perkhidmatan Awam 2014 pada 24 November 2014.
Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada agensi-agensi barisan hadapan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Negeri Sarawak yang menunjukkan prestasi tinggi dalam usaha-usaha penyampaian perkhidmatan kaunter.