Sarawak ID|Register

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN 2013

Posted on 25 Nov 2014

Lembaga Air Sibu adalah antara 10 agensi Kerajaan Negeri Sarawak yang telah mendapat pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2013 Jabatan Audit Negara setelah mendapat penarafan penuh 4 bintang bersempena Hari Audit 1 Malaysia & Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2014 pada 24 November 2014.

Anugerah tersebut telah diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara bagi mentransformasikan pengurusan kewangan Kementerian, Jabatan dan Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta meningkatkan persepsi awam terhadap peranan Jabatan Audit Negara dalam memantapkan akauntabiliti awam.

Photo Gallery

Quick Link