Sarawak ID|Register

Syarat-syarat Pertandingan Mewarna Bersempena Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan Lembaga Air Sibu Bersempena Sambutan Hari Air Sedunia 2015

Posted on 23 Mar 2015

HARI TERBUKA & HARI BERSAMA PELANGGAN
LEMBAGA AIR SIBU
BERSEMPENA DENGAN
HARI AIR SEDUNIA 2015

WORLD WATER DAY 2015: WATER AND SUSTAINABLE DEVELOPMENT 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA

Tarikh:
11 April 2015 (Sabtu)

Tempat:
Dewan Serbaguna, Lembaga Air Sibu,
KM 5, Jalan Salim, Sibu

  1.    Pertandingan akan diadakan pada 11 April 2015 (Sabtu) bermula jam 9:00 pagi sehingga 2:30 petang.
  2.    Tempat pertandingan akan diadakan di dalam Dewan Serbaguna, Lembaga Air Sibu, KM 5, Jalan Salim, Sibu dan hanya peserta sahaja dibenarkan berada di dalam dewan tersebut.
  3.    Pendaftaran adalah pada bila-bila masa sepanjang tempoh pertandingan tersebut dan pendaftaran terakhir adalah pada jam 1:30 petang.
  4.    Terbahagi  kepada 3 kategori untuk SK dan SJK iaitu;
       Kategori A (untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah)
       Kategori B (untuk kanak-kanak berumur 7 – 9 tahun)
       Kategori C (untuk Kanak-kanak berumur 10 – 12 tahun)
  5.     Peserta dikehendaki membawa alatan mewarna sendiri dan sebarang alatan mewarna adalah dibenarkan. 
  6.    Peserta yang ingin membawa kerusi dan meja sendiri juga dibenarkan.
  7.    Kertas mewarna akan diberikan semasa pendaftaran.
  8.    Yuran pendaftaran sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk setiap penyertaan.
  9.   Penyampaian hadiah akan diadakan pada jam 5:00 petang pada hari yang sama.
  10.   Keputusan hakim adalah muktamad.
  11.   Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Encik Awangku Afzandy Awang Ali Baba atau Puan Roziah Yusop di talian telefon 084-211001 di waktu pejabat.

 

Quick Link