Sarawak ID|Register
Polls

Setiap isi rumah di Sarawak nikmati air percuma RM5 pertama bil

Dipaparkan pada 16 Dec 2019

Grafik hiasan

KUCHING: Kira-kira 600,000 isi rumah di seluruh Sarawak bakal menikmati air percuma bagi bil air RM5 pertama setiap bulan, berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika sesi pembentangan Belanjawan Negeri 2020 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini. 

Jelasnya, kerajaan negeri akan memperkenalkan program air percuma dengan memperuntukkan RM40 juta untuk tahun hadapan. 

"Di bawah program ini, setiap isi rumah dari bandar dan luar bandar akan menikmati air percuma bagi bil air RM5 pertama setiap bulan. 

"Program ini akan membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat," katanya.

Quick Link