Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Jawatan Kosong untuk Lembaga Air Sibu

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak berumur 18 tahun ke atas dan kurang dari 54 tahun dari tarikh permohonan,  berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:-

(i) JAWATAN: JURUTERA AWAM, GRED J41  (SATU (1) KEKOSONGAN- KONTRAK)

 

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN

 

  RM 2,529.00 RM 9,643.00 RM 225.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.      
  4. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:  RM 2,529.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian  (sekurang-kurangnya  Gred C)  dalam  subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
                                               

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera dan  Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29/30, AB36, AB38 dan AB40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas;  atau
    2. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh   Kerajaan; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
(ii) JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N29 (DUA (2) KEKOSONGAN- TETAP)

 

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN

 

  RM 1,493.00 RM 5,672.00 RM 145.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf       dengannya oleh Kerajaan.
    2. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29:  RM 1,493.00); atau

    3. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    4. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29:  RM 1,493.00); atau

    5. diploma  dalam   bidang   berkaitan  (Teknologi Maklumat/Pentadbiran Awam) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya.
    6. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29:  RM 1,770.95).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian  (sekurang-kurangnya  Gred C) dalam  subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

(iii) JAWATAN PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (SATU (1) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,218.00 RM 2,939.00 RM 80.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    2. lesen memandu Kelas D/E/E2/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P); dan
    3. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

      (Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

      • Lesen D                     RM1,264.15
      • Lesen E/E1/E2           RM1,310.30
      • Lesen F/H                  RM1,356.45
      • Lesen G/I                   RM1,402.60

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantkan hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(iv) JAWATAN: PEMBANTU AWAM GRED H11 (DUA (2) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI: GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
   RM 1,218.00 RM 2,939.00 RM 80.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaann;

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).


    (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki SijilPertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

TEMPOH PERCUBAAN:-

  1. Calon-calon yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu (1) hingga tiga (3) tahun.
  2. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim

Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON:-

  1. Semua pemohon  yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam adalah dikehendaki mengemukakan permohonan mereka secara atas talian melalui laman sesawang rasmi  http://www.swb.gov.my.
  2. Segala maklumat yang diisi mestilah benar. Hanya pemohon yang LAYAK selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan dikehendaki untuk mengemukakan sijil/dokumen asal semasa             temuduga.
  3. Keputusan temuduga akan dimaklumkan secara rasmi melalui alamat surat elektronik (email address) dan alamat surat-menyurat sah yang didaftarkan semasa permohonan dibuat.
  4. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau LEWAT DITERIMA akan DITOLAK.

PERINGATAN:-

Calon-calon daripada pegawai-pegawai  Kerajaan,  Badan-Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut kehendak-kehendak Perintah Am Bab. A21 dan dimana Penyata Perkhidmatan dan Laporan Sulit hendaklah disertakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah 3 MEI 2022 (SELASA) sebelum atau pada 5:00 petang.

 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI 084-211001 SAM.214 / 239
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN)

 

APPLY VACANCY

Quick Link