Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 21 Okt 2020
Versi 8.3.0
Dasar KualitiDasar Kualiti

Lembaga Air Sibu akan memastikan bahawa kesemua air yang dibekalkan kepada pelanggan adalah selamat, boleh dipercayai dan mempunyai harga kompetitif yang mencapai standard tertinggi dalam Kualiti dan Perkhidmatan. Dalam rangka kerja Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) kami komited untuk:

  1. Membekalkan air berkualiti pada harga berpatutan kepada pelanggan.
  2. Memastikan bahawa perkhidmatan dan kualiti air yang disediakan memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan.
  3. Sentiasa meningkatkan dan menambah baik Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan ia adalah sesuai dan berkesan untuk membantu kami mencapai matlamat dan objektif QMS.
  4. Mendidik serta melatih semua lapisan kakitangan ke arah peningkatan kualiti dan kesedaran terhadap IMS.
  5. Meningkatkan komunikasi dalaman dan luaran dan juga kerjasama di kalangan kakitangan.
  6. Menyediakan sumber yang mencukupi bagi memastikan organisasi dapat berfungsi secara efektif dan efisien.

PAPARAN SIJIL