Sarawak ID|Register
Polls

Pemotongan

Pemotongan Sementara – Atas Permintaan

Bacaan meter air di premis yang tidak diduduki akan masih bergerak sekiranya terdapat kebocoran atau jika pili air lupa untuk ditutup. Tambahan lagi, terdapat caj minimum untuk akaun yang masih aktif.
Oleh itu, sekiranya pelanggan tidak memerlukan bekalan air untuk satu tempoh masa sementara, mereka boleh membuat permohonan untuk PEMOTONGAN SEMENTARA bekalan air.
Semasa penyambungan semula:
(a) Pelanggan perlu membayar deposit cagaran/tambahan deposit cagaran pada kadar semasa;
(b) Bekalan akan didaftarkan atas nama pemilik sah;
(c) Pelanggan akan dikenakan caj sambungan semula (RM 5.50) yang akan dimasukkan ke dalam bil pertama selepas penyambungan semula dilakukan.

Pemotongan Bekalan Air

A. Rumah Kerajaan / Berek dan Persendirian

  1. Pelanggan perlu menyediakan :
    • Kad Pengenalan.
    • No akaun bil air dan alamat.
  2. Pelanggan perlu mengisi dan menandatangani borang FO3066 (Pemotongan Sementara Meter Air) atau borang FO3064 (Permohonan untuk Pemotongan Bekalan Air dan Bayaran Balik Deposit).


B. Syarikat

  1. Pelanggan perlu menyediakan :
    • Cop syarikat.
    • No akaun bil air dan alamat.
  2. Pelanggan perlu mengisi dan menandatangani borang FO3066 (Pemotongan Sementara Meter Air) atau borang FO3064 (Permohonan untuk Pemotongan Bekalan Air dan Bayaran Balik Deposit).

Quick Link