Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Ogos 2020
Versi 8.3.0
Peranan PelangganPeranan Pelanggan

Pelanggan juga mempunyai peranan dalam menentukan kualiti bekalan air. Untuk membolehkan Lembaga Air Sibu memberikan perkhidmatan yang terbaik, anda seharusnya:

  1. Menjaga kebersihan sungai dan arus supaya bebas daripada sampah.
  2. Tidak membazir menggunakan air.
  3. Membaiki sebarang kebocoran paip di rumah dan sentiasa memeriksa meter. Meter seharusnya tidak bergerak sekiranya air tidak digunakan.
  4. Membersihkan tangki air anda dengan kerap.
  5. Sila buat laporan ke Lembaga Air Sibu jika:
    • Anda mengalami tekanan air rendah atau tiada air.
    • Anda menjumpai kebocoran air, paip pecah atau sambungan paip haram.
    • Anda terjumpa seseorang menukar atau mencuba menganggu   injap Lembaga Air dan pili bomba.
    • Air di kawasan anda tidak bersih.
    • Bacaan meter sangat jauh berbeza daripada bacaan pada bil air.
    • Amaun bil anda tidak menentu.
    • Anda tidak menerima bil air bulanan anda seperti yang telah ditetapkan tarikhnya.
    • Anda sudah tidak memerlukan bekalan air.
  6. Selesaikan bil air anda dengan secepat mungkin untuk mengelakkan bekalan air dipotong.
  7. Simpan semua resit bayaran bil anda sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan.
  8. Sediakan kotak sampul surat untuk bil air.
  9. Pastikan meter air anda tidak dihalang oleh sebarang objek.