Pelanggan juga mempunyai peranan dalam menentukan kualiti bekalan air. Untuk membolehkan Lembaga Air Sibu memberikan perkhidmatan yang terbaik, anda seharusnya:
- Menjaga kebersihan sungai dan arus supaya bebas daripada sampah.
- Tidak membazir menggunakan air.
- Membaiki sebarang kebocoran paip di rumah dan sentiasa memeriksa meter. Meter seharusnya tidak bergerak sekiranya air tidak digunakan.
- Membersihkan tangki air anda dengan kerap.
- Sila buat laporan ke Lembaga Air Sibu jika:
- Anda mengalami tekanan air rendah atau tiada air.
- Anda menjumpai kebocoran air, paip pecah atau sambungan paip haram.
- Anda terjumpa seseorang menukar atau mencuba menganggu injap Lembaga Air dan pili bomba.
- Air di kawasan anda tidak bersih.
- Bacaan meter sangat jauh berbeza daripada bacaan pada bil air.
- Amaun bil anda tidak menentu.
- Anda tidak menerima bil air bulanan anda seperti yang telah ditetapkan tarikhnya.
- Anda sudah tidak memerlukan bekalan air.
- Selesaikan bil air anda dengan secepat mungkin untuk mengelakkan bekalan air dipotong.
- Simpan semua resit bayaran bil anda sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan.
- Sediakan kotak sampul surat untuk bil air.
- Pastikan meter air anda tidak dihalang oleh sebarang objek.
|