Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan Tahun 2019

Posted on 25 Mar 2019

LEMBAGA AIR SIBU

KENYATAAN AKHBAR BERKENAAN HARI TERBUKA & HARI BERSAMA PELANGGAN LEMBAGA AIR SIBU TAHUN 2019

Pihak Pengurusan Lembaga Air Sibu senantiasa merancang program untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat terutama penduduk di Bandar Sibu berkenaan betapa pentingnya air sebagai sumber kehidupan. Tanggungjawab untuk memelihara air ini bukan hanya terletak kepada kerajaan dan agensi bekalan air seperti Lembaga Air Sibu sahaja tetapi ianya adalah tanggungjawab bersama semua orang.

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2019, pihak Lembaga Air Sibu dengan bangganya akan mengadakan Program Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan Lembaga Air Sibu Tahun 2019 pada 13 April 2019 (Hari Sabtu), mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, bertempat di Loji Perawatan Air Salim, KM5, Jalan Salim, Sibu. Terdapat pelbagai program telah disediakan yang boleh diikuti oleh orang ramai seperti Tayangan Video Penjimatan Air, Lawatan ke Loji Perawatan Air, Cabutan Tiket Bertuah, Pertandingan Kuiz (untuk semua pelawat) dan Pameran berkenaan dengan kelengkapan perpaipan.

Selain daripada itu, turut diadakan pada hari yang sama adalah pertandingan-pertandingan yang berikut:-

1) SWB Kids Fun Run

Tarikh    : 13 April 2019 (Hari Sabtu),

Masa     : 6.30 pagi - 8.00 pagi

Tempat  : Perkarangan Depoh Salim, Lembaga Air Sibu, KM5 Jalan Salim, Sibu.

Syarat & Hadiah PertandinganSWB Kids Fun Run


2) Pertandingan Nyanyian Bintang Kecil

Tarikh    : 13 April 2019 (Hari Sabtu),

Masa     : 9.00 pagi

Tempat  : Lobi Pejabat Pentadbiran Lembaga Air Sibu, KM5 Jalan Salim, Sibu.

Syarat & Hadiah Pertandingan Nyanyian Bintang Kecil


3) Petandingan Mewarna

Tarikh    : 13 April 2019 (Hari Sabtu),

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat  : Dewan Serbaguna Lembaga Air Sibu, KM5, Jalan Salim, Sibu.

Syarat & Hadiah Pertandingan Mewarna

Syarat-syarat dan borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang Lembaga Air Sibu iaitu www.swb.gov.my atau boleh hubungi 084-211001 (waktu pejabat) untuk maklumat lanjut.

Pihak Lembaga Air Sibu ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput orang ramai terutama penduduk setempat, untuk bersama-sama memeriahkan lagi Program Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan Lembaga Air Sibu Tahun 2019.

Quick Link