Sarawak ID|Register

News

HARI TERBUKA & HARI BERSAMA PELANGGAN LEMBAGA AIR SIBU BERSEMPENA DENGAN HARI AIR SEDUNIA 2013 & SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA
Posted on : 15 Apr 2013  Source of News: Lembaga Air Sibu
 

Bersempena dengan sambutan Hari Air Sedunia 2013 dan Jubli Emas 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, pihak Lembaga Air Sibu telah mengadakan Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan. Tema sambutan Hari Air Sedunia 2013 adalah Tahun Kerjasama Air Antarabangsa (International Year of Water Cooperation).

Semasa Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan, bermacam-macam aktiviti telah dijalankan untuk orang ramai seperti Lawatan Ke Loji Perawatan Air, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Tayangan Video, Cabutan Tiket Bertuah, Pertandingan Kuiz (untuk Semua Pelawat) dan Pertandingan Mewarna (untuk Pelajar Sekolah Tadika dan Rendah).

Aktiviti lain yang turut diadakan adalah program penanaman pokok oleh semua kakitangan Lembaga Air Sibu di perkarangan kawasan pejabat pada sebelah pagi. Sebanyak 133 pokok telah ditanam dan telah disumbangkan oleh Jabatan Hutan Sarawak. Objektif program tersebut adalah untuk menyokong sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2013, salah satu aktiviti Jawatankuasa Sistem Pengurusan Alam Sekitar Lembaga Air Sibu dalam komitmen untuk penjagaan alam sekitar, mengindahkan lagi kawasab perkarangan pejabat dan mengelakkan kepupusan spesis pokok yang terancam.

Pada sebelah petang pula, seramai 12 orang Rakan NRW Lembaga Air Sibu telah hadir ke sesi Taklimat Jumlah Air Tanpa Hasil (NRW) dan lawatan ke loji perawatan air. Konsep Rakan NRW adalah pihak Lembaga akan melantik dikalangan orang awam untuk membantu Lembaga dalam usaha mengurangkan Jumlah Air Tanpa Hasil (NRW) secara sukarela. Kawasan bekalan air Lembaga terbahagi kepada 47 zon dan seorang atau lebih Rakan NRW akan dilantik untuk setiap zon. Tugas Rakan NRW adalah seperti berikut;

  1. Melaporkan kepada pihak Lembaga jika berlaku kebocoran paip, tekanan air yang kurang, kecurian air dan sebagainya.
  2. Memaklumkan kepada pihak Lembaga jika berlakunya kebakaran.
  3. Memantau tekanan air. (1 tolok tekanan akan dipasang di premis mereka untuk tujuan perbandingan tekanan air).

Seramai 586 pelawat telah datang melawat ke Loji Perawatan Air Salim pada tahun ini berbanding seramai 447 pelawat pada tahun 2012. Berikut adalah bilangan peserta yang telah menyertai pertandingan-pertandingan tersebut;

            Pertandingan Kuiz                   -           134

            Pertandingan Mewarna             -           158

Para pemenang adalah seperti berikut;

Pertandingan Mewarna (Sekolah Tadika & Rendah)

Kategori A (6 Tahun Ke Bawah)

  • Johan
    Joycean Wong Zhen Siang (Tadika Sing Ang Tong)
  • Naib Johan 
    Esther Lau Chung Xi (Tadika Tieng Ong Tong)
  • Ketiga   
    Tang Shou Chee (Tadika Taman Rajang)
  • Saguhati
    Connie Sia Jia Min (Tadika Taman Rajang)
    Lau Jaw Shin (Tadika Tieng Ong Tong)
    Avril Ting Huey Lu (Tadika Taman Rajang)

Kategori B (7 – 9 Tahun) Sekolah Kebangsaan

  • Johan              
    Jenny Kee (SK Perbandaran Sibu No.4)
  • Naib Johan
    Teng Shiaw Chonn (SK Perbandaran Sibu No.4)
  • Ketiga
    Teng Shiaw Huei (SK Perbandaran Sibu No.4)
  • Keempat
    Cindy Koh (SK Perbandaran Sibu No.2)
  • Saguhati
    Nurul Ain Fazzila (SK Perbandaran Sibu No.2)
    Nur Arina Ariffin (SK Agama Sibu)
    Nurul Ain Ariffin (SK Agama Sib)

Kategori B (7 – 9 Tahun) Sekolah Jenis Kebangsaan

  • Johan
    Iris Pian Eng Jie (SJK(C) Tung Hua)
  • Naib Johan
    Jasmine Hii Ing Jing  (SJK Thai Kwang)
  • Ketiga
    Daphne Yu Ying Ning (SJK Taman Rajang)
  • Keempat
    Lau Jaw Jing (SJK Thai Kwang)
  • Saguhati
    Fion Foo Tyng Huii (SJK Su Lai)
    Cynthia Wong Yin Pie (SJK Tung Hua)
    Eithelyn Wong Su Suang (SJK Yok Ming)

Kategori C (10 – 12 Tahun) Sekolah Kebangsaan

  • Johan
    Kevin Kee Chee Ho (SK Perbandaran Sibu No.4)
  • Naib Johan
    Amanda Ting Bao Er (SK St Mary)
  • Ketiga
    Teng Shiaw Kenn (SK Perbandaran Sibu No.4)
  • Keempat
    Patrick Kandang (SK Perbandaran Sibu No.2)
  • Saguhati
    Muhd Daniel Redzuan (SK Perbandaran Sibu No.2)

Kategori C (10 – 12 Tahun) Sekolah Jenis Kebangsaan

  • Johan
    Cecilia Lau Lik Jun (SJK Tung Hua)
  • Naib Johan
    Pauline Pan Li Ying (SJK Tung Hua)
  • Ketiga
    Ngu Wei Hong (SJK Thai Kwang)
  • Keempat
    Grace Ling Shin Jie (SJK Taman Rajang)
  • Saguhati
    Rachel Mok Ru Yan (SJK Tung Hua)
    Grace Law Kai Lee (SJK Sacred Heart Chinese)
    Irene Foo Tyng Tyng (SJK Su Lai)

Pertandingan Kuiz

  • Johan
    Ling Siew Bing
  • Naib Johan
    Hii Lu Chi
  • Ketiga
    Paw Kiew Sieng

          Pihak Lembaga Air Sibu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat dan peserta kerana sudi untuk menyertai program Hari Terbuka & Hari Bersama Pelanggan Lembaga Air Sibu pada tahun ini.

 

 

 

Quick Link