ANUGERAH INDUSTRI KeTTHA 2013 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted on : 21 Nov 2013 Source of News: http://www.kettha.gov.my/en/content/anugerah-industri-kettha-2013 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PUTRAJAYA, 21 November 2013 – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) dan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) hari ini buat julung kalinya mengadakan majlis Anugerah Industri KeTTHA 2013 (KIA 2013) bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya bagi meraikan para pemenang Anugerah Industri KeTTHA 2013.
Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili. Anugerah berprestij ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada sumbangan dan pencapaian cemerlang industri tenaga, teknologi hijau dan air, serta memberikan motivasi kepada mereka untuk terus melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang di samping mengeratkan hubungan antara pihak Kerajaan/Kementerian dengan Industri.
KIA 2013 menyediakan sebanyak 25 kategori anugerah secara keseluruhan; iaitu 13 anugerah-kategori tenaga, 8 anugerah-kategori air dan 4 anugerah-kategori teknologi hijau.
Pemenang Anugerah Industri KeTTHA 2013 adalah seperti berikut:
a) KATEGORI TENAGA
b) KATEGORI AIR
c) KATEGORI TEKNOLOGI HIJAU
Majlis ini turut memberi pengiktirafan khas kepada Y.Bhg Tan Sri Peter Chin Fah Kui sebagai penerima anugerah Energy Leadership Award dan Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik sebagai penerima anugerah Water Leadership Award. Anugerah ini diberikan sebagai menghargai jasa dan sumbangan tidak terhingga kedua-dua tokoh ini terhadap pembangunan dan kemajuan industri tenaga dan air di Malaysia.
Para pemenang anugerah dalam setiap kategori membawa pulang sijil penghargaan dan trofi.
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili berharap supaya lebih banyak pernyertaan daripada industri pada masa akan datang dan Anugerah Industri KeTTHA merupakan satu peluang besar untuk memaparkan kelebihan serta kecemerlangan dalam industri tenaga, teknologi hijau dan air. |