Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

News

SENARION LATIHAN “FIRE DRILL” LEMBAGA AIR SIBU 2014
Posted on : 20 Jun 2014  Source of News: Sibu Water Board
 

TARIKH : 11.06.2014 @ 3.30pm

Pada jam 3:28 petang, satu kebakaran telah dikesan berlaku di Aras 1, Bangunan Pentadbiran, Lembaga Air Sibu di KM 5 Jalan Salim, 96000 Sibu. Loceng telah dibunyikan dan panggilan ke pihak Jabatan Bomba & Penyelamat telah dibuat pada jam 3:29 petang.

Kebakaran tersebut terjadi setelah berlaku satu letupan kecil akibat litar pintas. Dua mangsa telah dikenalpasti tercedera semasa kebakaran tersebut. Pihak Bomba mengambil masa 10 minit untuk sampai iaitu pada jam 3:39 petang setelah menerima panggilan. Mangsa pertama telah dijumpai pada jam 3:41 petang manakala mangsa kedua pada jam 3:51 petang. Kedua-dua mangsa terselamat walaupun mengalami kecederaan.

Berkenaan mangsa, mangsa pertama sedang menjalankan tugas beliau menukar lampu apabila satu litar pintas berlaku. Beliau yang bertugas keseorangan telah terjatuh dari tangga yang di panjat beliau bagi menukar lampu. Akibat dari itu, beliau mengalami kecederaan di kepala dan kaki beliau telah patah. Beliau juga telah pengsan akibat dari jatuhan tersebut.

Manakala mangsa kedua sedang menjalankan tugas beliau apabila terdengar bunyi loceng kecemasan. Setelah memastikan semua pegawai lain telah turun ke tempat berkumpul, beliau juga turut keluar dari bangunan. Tetapi dalam perjalanan turun dari bangunan, beliau telah tergelincir dan terjatuh dari tangga. Beliau mengalami kecederaan di kepala dan tangan beliau dan pengsan.

Secara keseluruhannya, latihan ini telah berjaya dimana banyak data yang diperolehi bagi membolehkan pihak pengurusan Lembaga Air Sibu merangka pelan-pelan berkaitan keselamatan sekiranya kebakaran benar-benar berlaku. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak Berkuasa Jabatan Bomba & Penyelamat dan juga kepada pelanggan-pelanggan yang berada di pejabat pada masa tersebut kerana sudi memberi kerjasama bagi memastikan latihan ini berjalan lancar.

Fire Dril LAS 2014

Fire Dril LAS 2014

Fire Dril LAS 2014

Fire Dril LAS 2014

Quick Link