Sarawak ID|Register

News

[Hari Air Sedunia di Bintulu] RM4 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air bersih
Posted on : 24 Mar 2023  Source of News: Utusan Borneo
 

BINTULU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi melaksanakan projek bekalan air terawat untuk rakyat di seluruh negeri ini, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi YB Dato Sri Haji Julaihi haji Narawi.

Katanya, peruntukan yang cukup besar ini jelas membuktikan kerajaan melalui kementeriannya benar-benar komited memastikan semua penduduk di seluruh negeri menerima bekalan air bersih tidak kira di mana mereka berada melalui apa sahaja cara yang sesuai.

"Bagi tujuan sama, pihak kementerian menjalinkan kerjasama erat dengan jabatan atau agensi berkaitan di negeri ini yang mengendalikan pembekalan air bersih bagi memastikan ia mencapai kumpulan sasar terutama di kawasan yang mengalami masalah air kritikal," ujarnya pada sidang media yang dijalankan sejurus merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sarawak di Dinner World Bintulu hari ini.

Tidak dapat dinafikan katanya, projek bekalan air bersih menghadapi cabaran yang cukup besar khususnya Sarawak yang merupakan negeri yang cukup luas dan besar dengan petempatan berselerak.

Oleh yang demikian katanya, kementerian sedang merangka penubuhan entiti operator yang bakal menggabungkan semua operator air di negeri ini bagi pengurusan air yang lebih efisien pada masa depan.

"Entiti yang akan ditubuhkan itu nanti akan menggabungkan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management dalam masa terdekat," ujarnya.

Mengulas mengenai pengurusan air bersih di negeri ini Julaihi berkata, kementerian akan terus komited melaksanakan projek pembekalan air ke seluruh penempatan di negeri ini kerana ia merupakan keperluan kritikal yang harus dipenuhi demi kesejahteraan hidup rakyat.


URL RM4 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air bersih | Utusan Borneo Online

Quick Link