Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

News

LAWATAN KERJA ENCIK JAFRI BIN LIAS, PENGERUSI LEMBAGA AIR SIBU MERANGKAP SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI & TELEKOMUNIKASI SARAWAK SERTA ROMBONGAN
Posted on : 18 Jan 2023
 

Encik Jafri Bin Lias, Pengerusi Lembaga Air Sibu merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak serta diiringi oleh Encik Cho Kwong Ming, Penasihat Teknikal Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Air Sibu pada 10 & 11 Januari 2023.

Lawatan kerja tersebut telah dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Abdul Malik Abdullah @ Itin Langit, Pengurus Besar Lembaga Air Sibu pada 10 Januari 2023. Sesi taklimat tersebut telah menyentuh beberapa perkara seperti pengenalan, penubuhan, carta organisasi, kawasan bidang kuasa, statistik & infrastruktur, pemodenan loji rawatan air, plan anti rasuah organisasi, projek pembangunan dan isu semasa bekalan air.

Sesi lawatan ke tapak projek telah dilakukan pada 11 Januari 2023. Dua (2) tapak projek telah dilawat iaitu;

  1. The Supply, Delivery & Laying of 160mm HDPE Mains, Valves, Fittings cum Ancillary Works & Patching of Concrete Asphalt for Rh. Edward Langu & Rh. John Lalong, Teku Pasai Siong, Sibu

-       Projek ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Rh. Edward Langu dan Rh. John Lalong di Jalan Teku Pasai Siong, Sibu.

-       Projek dijangka akan siap pada 31 Januari 2023.

 

  1. 2.    Proposed 20MLD Direct River Water Intake for Kuala Rajang Water Supply (Formerly known as Tanjung Manis Water Supply)

-       Projek ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu bekalan air mentah untuk Bekalan Air Kuala Rajang.

-       Projek telah disiapkan pada 17 Ogos 2022.

Quick Link