Sarawak ID|Register

Unscheduled Interruption 15 Aug 2011

NOTIS KEPADA PELANGGAN

Pihak Lembaga Air Sibu ingin memaklumkan kepada penduduk di sekitar Sibu Jaya, Kpg. Jeriah, Permai, Sibintek, Durin Link, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ulu Oya dan Kemunyang bahawa berlaku gangguan bekalan air mulai dari jam 9:00 pagi pada 15 Ogos 2011. Ini adalah disebabkan oleh berlakunya kejadian paip pecah iaitu paip MS berdiameter 600mm di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Kerja-kerja pembaikan telah dimulakan dengan kadar segera dan akan mengambil masa selama 2 hari untuk disiapkan jika cuaca mengizinkan. Olehkerana kerja pembaikan tersebut, bekalan air dari Loji Perawatan Air Salim ke kawasan-kawasan tersebut telah ditutup dan telah dibekalkan sementara dari Stesen Pam Jalan Deshon yang mengakibatkan tekanan air yang rendah atau tiada air di kawasan yang berjauhan.

Pihak Lembaga berusaha untuk menyiapkan kerja tersebut secepat mungkin. Para pelanggan boleh mengambil sendiri air dari Loji Perawatan Air Salim atau Stesen Pam Jalan Deshon. Tiada caj akan dikenakan.

Segala kerumitan yang timbul amatlah dikesali.

Segala maklumat lanjut, sila berhubung dengan Talikhidmat Lembaga Air Sibu 084-216311.

PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR SIBU

Quick Link