Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA

Lampiran A

HARI TERBUKA & HARI BERSAMA PELANGGAN
BERSEMPENA DENGAN
HARI AIR SEDUNIA
LEMBAGA AIR SIBU 2017

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA

Tarikh:
22 April 2017 (Sabtu)

Tempat:
Dewan Serbaguna, Lembaga Air Sibu,
KM 5, Jalan Salim, Sibu

  1. Pertandingan akan diadakan pada 22 April 2017 (Sabtu) bermula jam 9:00 pagi sehingga 2:30 petang.
  2. Tempat pertandingan akan diadakan di dalam Dewan Serbaguna, Lembaga Air Sibu, KM 5, Jalan Salim, Sibu dan hanya peserta sahaja dibenarkan berada di dalam dewan tersebut.
  3. Pendaftaran adalah pada bila-bila masa sepanjang tempoh pertandingan tersebut dan pendaftaran terakhir adalah pada jam 1:30 petang.
  4. Terbahagi  kepada 3 kategori untuk SK dan SJK iaitu;
    • Kategori A (untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah)
    • Kategori B (untuk kanak-kanak berumur 7 – 9 tahun)
    • Kategori C (untuk Kanak-kanak berumur 10 – 12 tahun)
  5. Peserta dikehendaki membawa alatan mewarna sendiri dan sebarang alatan mewarna adalah dibenarkan. 
  6. Peserta yang ingin membawa kerusi dan meja sendiri juga dibenarkan.
  7. Kertas mewarna akan diberikan semasa pendaftaran.
  8. Yuran pendaftaran sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk setiap penyertaan.
  9. Penyampaian hadiah akan diumumkan pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
  10. Keputusan hakim adalah muktamad.
  11. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Encik Awangku Afzandy Bin Awang Ali Baba di talian telefon 084-211001 di waktu pejabat.

Quick Link