Sarawak ID|Register

Press Statement by Mr Sudin Bin Jaya (General Manager Sibu Water Board) on World Water Day 2017

Posted on 18 Apr 2017

LEMBAGA AIR SIBU

SIDANG AKHBAR BERSAMA
ENCIK SUDIN BIN JAYA
PENGURUS BESAR LEMBAGA AIR SIBU
BERKENAAN PROGRAM LEMBAGA AIR SIBU BERSEMPENA
DENGAN SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2017

  1. Pengenalan
  2. Susulan dari Majlis Pelancaran Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2017 yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi anak Utom, Menteri Kemudahan Awam Sarawak di Sibu pada 20 Mac 2017 yang lalu, pihak Lembaga Air Sibu telah merancang beberapa program untuk   memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya air kepada sumber kehidupan dan tanggungjawab untuk memelihara air bukan hanya terletak kepada kerajaan dan agensi bekalan air seperti Lembaga Air Sibu sahaja tetapi adalah tanggungjawab semua orang.

    Walaupun sambutan Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun, pihak Lembaga Air Sibu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa program yang melibatkan penyertaan dari semua orang terutamanya dari kalangan pelajar-pelajar bermula pada 22 April 2017 ini dan akan berakhir pada bulan Oktober 2017 ini. Untuk makluman, tema sambutan pada tahun ini adalah "Water and Wastewater".

    Objektif Sidang Akhbar pada hari ini adalah untuk memohon kerjasama dari pihak media untuk bersama-sama membantu dalam mempromosikan program-program tersebut di kalangan masyarakat di Sibu khususnya dan di Sarawak amnya.

  3. Program
  4. 2.1       Hari Terbuka dan Hari Bersama Pelanggan 2017

    -           22 April 2017 (Sabtu)
    -           mulai jam 9:00 pagi sehingga jam 4:00 petang
    -           bertempat di Loji Perawatan Air Salim, Lembaga Air Sibu, KM 5, Jalan Salim, Sibu.
    -           Aktiviti-aktiviti adalah Tayangan Video, Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Lawatan ke Loji Perawatan Air, Cabutan Tiket Bertuah, Pertandingan Kuiz (untuk semua pelawat), Teka Isipadu Air dalam Bekas, gerai menjual makanan/minuman dan gerai mempromosi produk perpaipan baharu.
    -           Terbuka kepada semua orang.

    2.2       Pertandingan Mewarna 2017

    -           akan diadakan pada 22 April 2017 (Sabtu) bermula jam 9:00 pagi sehingga 2:30 petang.
    -           Syarat-syarat Pertandingan adalah seperti dalam Lampiran A.

    2.3       Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan Kuiz, Pertandingan Mewarna dan Teka Isipadu Air Dalam Bekas.

    -           akan diadakan pada Majlis Ngiling Bidai Lembaga Air Sibu 2017 pada bulan Jun 2017.

    2.4       Sibu Water Board English Essay Writing Competition 2017

    -           bermula pada 1 April 2017 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2017.
    -           syarat-syarat adalah seperti dalam Lampiran B.

    2.5       Sibu Water Board Short Video Competition 2017

    -           bermula pada 1 April 2017 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mei 2017.
    -           syarat-syarat adalah seperti dalam Lampiran C.

    2.6       Educational Program at selected schools

    -           2 sekolah menengah akan dipilih.
    -           cadangan diadakan pada bulan Julai 2017.

    2.7       Educational Program with the Community.

    -           bekerjasama dengan ahli lembaga, Lembaga Air Sibu.
    -           cadangan diadakan pada bulan Ogos 2017

    2.8       Majlis Penyampaian Hadiah

    -           akan diadakan pada Majlis Malam Apresiasi Lembaga Air Sibu 2017 pada bulan Oktober 2017 iaitu kemuncak sambutan Hari Air Sedunia 2017.

  5. Harapan

Pihak Lembaga Air Sibu ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyertai program-program yang telah dirancangkan khas untuk mereka.

Syarat-syarat dan borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang Lembaga Air Sibu iaitu www.swb.gov.my atau boleh hubungi 084-211001 (waktu pejabat) untuk maklumat lanjut.

Akhir sekali, pihak Lembaga Air Sibu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media terutamanya yang sudi hadir pada hari ini ke atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini dan berharap dapat diteruskan walaupun ada pertukaran pucuk pimpinan di Lembaga Air Sibu.

Syarat-Syarat berikut:

  1. Sibu Water Board Coloring Competition 2017
  2. Sibu Water Board English Essay Writing Competition 2017
  3. Sibu Water Board Short Video Competition 2017

 

Quick Link