LAWATAN KERJA ENCIK JAFRI BIN LIAS, PENGERUSI LEMBAGA AIR SIBU MERANGKAP SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN UTILITI & TELEKOMUNIKASI SARAWAK SERTA ROMBONGAN |
Posted on : 18 Jan 2023 |
Encik Jafri Bin Lias, Pengerusi Lembaga Air Sibu merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak serta diiringi oleh Encik Cho Kwong Ming, Penasihat Teknikal Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Air Sibu pada 10 & 11 Januari 2023. Lawatan kerja tersebut telah dimulakan dengan sesi taklimat oleh Encik Abdul Malik Abdullah @ Itin Langit, Pengurus Besar Lembaga Air Sibu pada 10 Januari 2023. Sesi taklimat tersebut telah menyentuh beberapa perkara seperti pengenalan, penubuhan, carta organisasi, kawasan bidang kuasa, statistik & infrastruktur, pemodenan loji rawatan air, plan anti rasuah organisasi, projek pembangunan dan isu semasa bekalan air. Sesi lawatan ke tapak projek telah dilakukan pada 11 Januari 2023. Dua (2) tapak projek telah dilawat iaitu;
- Projek ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Rh. Edward Langu dan Rh. John Lalong di Jalan Teku Pasai Siong, Sibu. - Projek dijangka akan siap pada 31 Januari 2023.
- Projek ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu bekalan air mentah untuk Bekalan Air Kuala Rajang. - Projek telah disiapkan pada 17 Ogos 2022. |