Sarawak ID|Register
Polls

Dasar Privasi

Terima kasih kerana menggunakan Laman Web Rasmi Lembaga Air Sibu.

Privasi Anda 
Halaman ini menjelaskan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlidungan terhadap apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pelawat-pelawat.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan menggunakan Portal kami atau menghantar e-mel yang memberikan data peribadi yang boleh dikenal pasti, data ini mungkin dikongsikan, jika perlu, dengan agensi-agensi Kerajaan lain untuk memberi anda perkhidmatan dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya dalam soal menyelesaikan atau melayan aduan yang memerlukan aduan itu diajukan ke agensi-agensi lain Kerajaan.

Perlidungan Data 
Teknologi terkemuka termasuk perisian enkripsi digunakan untuk melindungi mana-mana data yang diserahkan kepada kami dan piawai keselamatan yang ketat dilaksanakan untuk mencegah capaian secara haram.

Keselamatan Storan 
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi dijamin keselamatannya dan distorkan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat yang Terkumpul 
Tidak ada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti itu dikumpul semasa melayari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak kecuali bagi maklumat yang anda berikan melalui e-mel dan pendaftaran dalam Myhome, yang berada dalam portal yang selamat daripada Portal ini.

Maklum Balas
Kami mengalu-alukan semua maklumat dan pertanyaan.

Jika maklumat yang rinci yang tidak dapat dibekalkan oleh Portal ini, maka maklum balas yang ikhlas daripada anda dan pertanyaan anda akan dihantar kepada pihak agensi Kerajaan yang berkaitan untuk membolehkan kami membekalkan maklumat yang anda perlukan itu.

Cookies 
Terdapat laman web tertentu yang menjanakan cookies yang dikumpul oleh pelayan web untuk membolehkannya mengecam lawatan-lawatan anda pada masa hadapan.

Portal Rasmi Kerajaan Sarawak menggunakan non-persistent cookies atau persession cookies sahaja yang mempunyai fungsi teknikal seperti menukar bahasa-bahasa dalam Portal. Cookies ini tidak merakamkan data secara kekal dan data itu tidak distorkan dalam hard drive komputer anda. Sebaik sahaja anda menutup komputer anda, cookie itu dipotong.

Apa Yang Terjadi Apabila Saya Hubungi Laman Lain?
Kandungan Portal Rasmi Kerajaan Sarawak menghubungkan laman-laman web organisasi Kerajaan dan organisasi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah sedar bahawa laman-laman lain yang dihubungkan oleh Portal ini mungkin mempunyai dasar-dasar privasi yang berlainan dan kami mengesyorkan anda membaca dan memahami pernyataan privasi tiap-tiap laman.

Perubahan kepada Dasar ini 
Jika dasar privasi ini berubah dengan apa-apa cara, perubahan itu akan dikemaskinikan di halaman ini. Kerap meninjau halaman ini boleh membantu anda mengikuti kemas kinian maklumat yang dikumpul, bagaimana maklumat itu digunakan, dan dalam apa keadaan, jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.

Pertanyaan atau Aduan 
Jika anda ada pertanyaan atau aduan tentang dasar privasi ini atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui bahagian Maklum Balas kami.

Quick Link