SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA
Lampiran A
HARI TERBUKA & HARI BERSAMA PELANGGAN
BERSEMPENA DENGAN
HARI AIR SEDUNIA
LEMBAGA AIR SIBU 2017
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA
Tarikh:
22 April 2017 (Sabtu)
Tempat:
Dewan Serbaguna, Lembaga Air Sibu,
KM 5, Jalan Salim, Sibu
- Pertandingan akan diadakan pada 22 April 2017 (Sabtu) bermula jam 9:00 pagi sehingga 2:30 petang.
- Tempat pertandingan akan diadakan di dalam Dewan Serbaguna, Lembaga Air Sibu, KM 5, Jalan Salim, Sibu dan hanya peserta sahaja dibenarkan berada di dalam dewan tersebut.
- Pendaftaran adalah pada bila-bila masa sepanjang tempoh pertandingan tersebut dan pendaftaran terakhir adalah pada jam 1:30 petang.
- Terbahagi kepada 3 kategori untuk SK dan SJK iaitu;
- Kategori A (untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah)
- Kategori B (untuk kanak-kanak berumur 7 – 9 tahun)
- Kategori C (untuk Kanak-kanak berumur 10 – 12 tahun)
- Peserta dikehendaki membawa alatan mewarna sendiri dan sebarang alatan mewarna adalah dibenarkan.
- Peserta yang ingin membawa kerusi dan meja sendiri juga dibenarkan.
- Kertas mewarna akan diberikan semasa pendaftaran.
- Yuran pendaftaran sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk setiap penyertaan.
- Penyampaian hadiah akan diumumkan pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
- Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Encik Awangku Afzandy Bin Awang Ali Baba di talian telefon 084-211001 di waktu pejabat.