Sarawak ID|Register

Job Vacancies 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak berumur 18 tahun ke atas dan kurang dari 54 tahun dari tarikh permohonan,  berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:-

(i) JAWATAN: JURUUKUR BAHAN , GRED J41  (SATU (1) KEKOSONGAN- KONTRAK)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 2,529.00 RM 9,643.00 RM 225.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
    Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf    dengannya; dan 
    Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan   
  4. berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.  
  5. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:  RM 2,529.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian  (sekurang-kurangnya  Gred C)  dalam  subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
                                               

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bahan adalah layak dipertimbangkankan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas;  atau
    2. lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS

Membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.


(ii) JAWATAN: PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 (DUA (2) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,493.00 RM 5,672.00 RM 145.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    2. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00) atau;

    3. diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    4. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian  (sekurang-kurangnya  Gred C) dalam  subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksan Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkankan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan kejuruteraan awam iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengagihan air serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.


(iii) JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29 (SATU (1) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN & SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,493.00 RM 5,696.00 RM 145.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    2. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00) atau;

    3. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf denggannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    4. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.02).

    5. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
    6. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,700.95).

    7. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
    8. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian  (sekurang-kurangnya  Gred C) dalam  subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AM19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) atau 1(d) di atas; dan
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan air.


(iv) JAWATAN: PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (SATU (1) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN & SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,352.00 RM 4,003.00 RM 100.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    2. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00) atau;

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
    4. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.00).

    5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
    6. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


(v) JAWATAN: PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19(SATU (1) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN & SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,353.00 RM 4,005.00 RM 100.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    2. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00) atau;

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
    4. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40).

    5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    6. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

    7. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
    8. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, pembayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.


(vi) JAWATAN: PEMBANTU OPERASI GRED N11(SATU (1) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN & SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,216.00 RM 2,983.00 RM 80.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    2. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00) atau;

    3. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    4. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM 1,216.00).

    5. PT3/ PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 /PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

 

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar pejabat.

 


(vii) JAWATAN PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (SATU (1) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA

JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM 1,218.00 RM 2,939.00 RM 80.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    2. lesen memandu Kelas D/E/E2/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P); dan
    3. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

      (Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

      • Lesen D                     RM1,264.15
      • Lesen E/E1/E2           RM1,310.30
      • Lesen F/H                  RM1,356.45
      • Lesen G/I                   RM1,402.60

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantkan hendaklah memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


(viii) JAWATAN: PEMBANTU AWAM GRED H11 (SEBELAS (11) KEKOSONGAN- TETAP)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

JADUAL GAJI: GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KENAIKAN GAJI TAHUNAN
   RM 1,218.00 RM 2,939.00 RM 80.00

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaann;

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).


    (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki SijilPertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).

    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 


 

TEMPOH PERCUBAAN:-

  1. Calon-calon yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu (1) hingga tiga (3) tahun.
  2. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim

Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON:-

  1. Semua pemohon  yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam adalah dikehendaki mengemukakan permohonan mereka secara atas talian melalui laman sesawang rasmi  http://www.swb.gov.my.
  2. Segala maklumat yang diisi mestilah benar. Hanya pemohon yang LAYAK selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan dikehendaki untuk mengemukakan sijil/dokumen asal semasa temuduga.
  3. Keputusan temuduga akan dimaklumkan secara rasmi melalui alamat surat elektronik (email address) dan alamat surat-menyurat sah yang didaftarkan semasa permohonan dibuat.
  4. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau LEWAT DITERIMA akan DITOLAK.

PERINGATAN:-

Calon-calon daripada pegawai-pegawai  Kerajaan,  Badan-Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut kehendak-kehendak Perintah Am Bab. A21 dan dimana Penyata Perkhidmatan dan Laporan Sulit hendaklah disertakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah 5th DECEMBER 2023 (SELASA) sebelum atau pada 5:00 petang.

 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI 084-211001 SAM.214 / 239
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN)

 

APPLY VACANCY

Quick Link